Friday, October 14, 2011

KASIH BERUBAH 3



         Miss, all the things are 150 dollar,” ujar pembantu kedai itu yang bernama Sally. Itupun aku tengok pada tag namanya.
         ‘Eh, mana dompet aku ni. Tadi aku letakkan dalam poket ni,’ Mirsya mula mengomel sendirian.
         Miss, can I help u?” soal Sally lagi.
         Sorry Miss Sally, I don’t bring my purse,” balasku.
         Can I pay it tomorrow?” soalku kembali.
         No. You must pay now,” tegas Sally.
         But… ”
         Guard!” jerit Sally.
         Minah sorang ni tak faham bahasa ker. Aku dah janji nak bayar esok.
         I am sorry. What happens? Can I help?” balas seorang pemuda.
         Ya Allah, inikan pemuda yang melanggar aku semalam! Takkan aku nak minta tolong darinya. Alahai malunya. Tapi… takkan aku sanggup dihalau oleh guard yang badannya berkali ganda besar dariku.
         This customer don’t want to pay that things,” beritahu Sally.
         “Bukan saya tak nak bayar.  Saya tertinggal dompet la.” entah macamana aku boleh terkeluar cakap Melayu. Aku lihat Sally mengerutkan dahinya. Dah sah la tu, tak faham sepatah apa pun.
         “Tak apa. Saya tolong bayarkan,” balas pemuda itu.
         How much that things?” soal pemuda itu kepada Sally.
         150 dollar!” tegas Sally.
         “Awak, terima kasih sebab tolong saya. Nanti saya bayar balik duit awak,” ujar Mirsya sekadar berbasa-basi.
         It’s okay. Just small matter. Tak payah bayar la,” balas pemuda itu.
         No, mana boleh macam tu! Saya mesti bayar juga. Awak ikut saya balik rumah. Saya nak ambil duit,” beritahu Mirsya.
         “Cik, kan saya dah cakap tak payah bayar. Saya ikhlas tolong awak tadi,”
         “Awak! Saya cakap saya nak bayar, maknanya saya nak bayar la. Saya tak suka terhutang budi dengan orang,” tegas Mirsya.
         “Awak ni degil la. Ikut suka awak la,”
         “Eh, apasal tercegat kat situ lagi. Jom ikut saya balik rumah,”
         “Rumah awak kat mana? Ada orang tak kat rumah awak? Nanti kalau jiran awak nampak kita berdua, apa katanya?” soal pemuda itu bertubi-tubi.
         Alahai mamat sorang ni. Ini negara asing la, jiran semua tak ambil kisah. Ni confirms datang dari Malaysia, sebuah negara yang penuh dengan adat ketimuran.
         “Awak, saya ajak awak ikut ke rumah saya bukan nak suruh awak duduk berdua-duaan dengan saya. Saya pun tahu adab dalam Islam. Cuma saya nak awak tunggu saya kat luar rumah sementara saya masuk ke dalam. Itu aja, tak payah la soal saya macam saya ni seorang pesalah,” luah Mirsya.
         “Awak, saya tanya satu soalan lagi boleh tak?” soal pemuda itu meminta kebenaran dariku. Mungkin takut aku marah lagi.
         “Awak ni wartawan ker? Dari majalah mana ni? Banyak sungguh soalan!” seloroh Mirsya.
         “Eh, apasal diam pula? Tadi kata nak tanya soalan,” soal Mirsya bila dilihat pemuda itu mendiamkan diri. Ai mamat sorang ni, takkan merajuk pula!
         “Tak apalah. Saya dah terlupa soalannya,” selamba pemuda itu menjawab.
         “La, takkan marah kat saya kut! Saya bergurau aja tadi. Come on lah,” pujuk Mirsya.
         “Jadi, boleh la saya tanya soalan ni?” pinta pemuda itu buat kali kedua.
         “Iya, boleh. Dipersilakan,”
         Actually, saya rasa macam pernah terjumpa awak sebelum ini! Awak ni dari Malaysia ker?” soal pemuda itu.
         So, dah habis soalan? Boleh saya jawab sekarang?” pinta Mirsya pula sambil bergurau.
         “Awak ni memang suka mengusik ker? Atau itu hobi awak?” soal pemuda itu lagi.
         “La, soalan tadi pun tak berjawab lagi! Ini awak dah tanya soalan lain pula. Mana satu saya nak jawab ni?”
         “Jawab soalan pertama dulu!”
         “Okey, awak cakap awak pernah terjumpa saya sebelum inikan. Macamana kalau saya cakap saya tak pernah langsung terjumpa awak melainkan peristiwa tadi dan saya juga bukan dari Malaysia?” soalan pemuda itu dibalas dengan soalan pula dari Mirsya.
         “Awak! Saya serius ni. Janganlah main-mainkan saya,”
         “La, sapa cakap saya main-mainkan awak. Saya pun serius juga,” balas Mirsya selamba walaupun di dalam hati rasa ingin ketawa kerana telah berjaya mempermainkan pemuda itu. Saja Mirsya berbuat begitu, ingin menguji pemuda itu. Takkan la baru semalam berlaku, hari ini dah lupa.
         “Jadi, awak langsung tak pernah terjumpa saya la. May be saya tersilap orang kut. Pelanduk dua serupa!” balas pemuda itu.
         “Apa? Awak kata saya pelanduk! Saya ni manusia la,” tegas Mirsya yang tidak faham peribahasa yang baru diucapkan pemuda itu.
         “La! Bila pula saya cakap awak bukan manusia. Saya cuma kata pelanduk dua serupa aja,” jelas pemuda itu.
         “Ha! Tengok tu, awak cakap lagi,”
         “Oh, itu peribahasa la. Takkan awak tak tahu?” soal pemuda itu.
         “Peribahasa! Opps… maaflah la. Saya tak tahu pula.”
         It’s okay.”

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

Sunday, October 09, 2011

KASIH BERUBAH 2



         Sorry sir, may I help you?” soal Mirwan.
         “Oh… could you help me to find this address,” balas pemuda itu.
         “Ooo… I know that place. Come, I bring you to that place,” balas Mirwan.
         Thanks Sir.”
         “I Mirwan Izraff. You can call me Mirwan or Along,” ujar Mirwan berbudi bahasa.
         Why you see me like that?” soal Mirwan kehairanan apabila melihat pemuda itu merenungnya tajam.
         Are you from Malaysia?” soal pemuda itu.
         “Ooo… actually my parents are Malaysian. But my siblings and I were born in Australia. So we are Malaysian too. And I was come back from Malaysia 2 weeks later.”
         Can I know your name?” soal Mirwan.
         “Shahrul Affendi Ismail. And just call me Shah. Can you speak Malay?”
         Of course. My parents also teach us to speak Malay. And at home also, we speak in Malay,  balas Mirwan.
         “Kalau macam tu, senanglah saya. Sekurang-kurangnya adalah juga teman satu negara di sini,” ujar Shahrul.
         “Sudah pasti Shah. Kami amat berbangga bila ada orang Malaysia datang ke sini. Oh ya, Shah tinggal kat negeri mana?”
         “Saya orang Kedah.”
         “Kedah! Ooo…negeri jelapang padi tu ker? Saya teringin ke sana. Nak tengok cara orang mengerjakan sawah. Tentu seronokkan.”
         “Kalau ada kelapangan tu, datanglah rumah saya. InsyaAllah, saya bawa Mirwan tengok sepuas-puasnya.”
         “Mirwan kata tadi baru balik dari Malaysia. Pergi melancong ker?” soal Shahrul.
         “Tak la. Sebenarnya saya kerja di sana. Urus syarikat keluarga,” balas Mirwan.
         “Aii Along, ada kawan baru yer? Tak nak kenalkan pada Angah ker?” soal Mirqan Izramm.
         “Eh Angah. Awal balik. Tak ada kelas ker?” soal Mirwan.
         “Kelas batal. Prof. Johnny melawat kakaknya.”
         “Kenapa? Kakak dia sakit ker?”
         “Entah! Tak sempat la Angah nak temuramah dia. Along! Tak nak kenalkan kawan Along tu ker?”
         Sorry, Along terlupa. Okey, ini Shahrul Affendi. Angah boleh panggil dia Shah. Dia orang Kedah.”
         “Kedah!”
         “Oppss… maaf yer Shah. Ini anak jati Australia tak tahu nama tempat itu,” usik Along.
         “Along! Kalau tak usik orang dalam sehari tak boleh ker?”  balas Mirqan bila dilihat Along mengenakannya di depan pemuda itu.
         “Tak boleh!” tegas Along masih tidak mahu mengalah.
         “Dah la, malas nak cakap dengan Along,” rajuk Mirqan.
         “Adik! Ooo… adik!” jerit Mirqan.
         “Angah! Apa terjerit-jerit ni? Tak malu dekat Shah ker?” ujar Along.
         “Oppss…maaf. Terlupa pulak kat Shah. Wahai adik kesayanganku, keluarlah engkau,” ujar Mirqan.
         “Angah, adik tak ada la. Dia pergi Bras ‘N’ Things,” balas Mirwan bila dilihat Mirqan masih memanggil Mirsya.
         Bras ‘N’ Things ? Itu tak ada kerja lain la tu. Asyik beli baju aja. Dalam almari dia tu, Angah tengok sampai dah tak ada tempat nak gantung baju,” ngomel Mirqan.
         “Nama pun perempuan Angah. Kalau dalam sehari tak bershopping, memang tak lengkap agaknya hidup,” balas Mirwan pula.
         “Mirwan, boleh tak tunjukkan saya alamat ini,” soal Shahrul yang menyangka Mirwan telah lupa tujuan asal mereka.
         “Ha! Angah, nampaknya kita ada jiran baru. Shah, itulah rumah awak. Rumah awak bersebelahan rumah kami aja. Senang-senang nanti boleh singgah rumah kami,” balas Mirwan.
         “Jadi, inilah penyewa rumah kita yer Along?” soal Mirqan.
         “A’a Angah. Inilah orangnya. Akhirnya dapat juga orang dari Malaysia, kan Angah?” ujar Mirwan.
         Malaysia! Oo… jadi Kedah tu kat Malaysia la? Akhirnya impian kita nak berjiran dengan orang Malaysia tercapai juga,”  balas Mirqan.
         “Kenapa? Sebelum ini penyewa rumah tu dari mana?” soal Shahrul.
         “Kebanyakan penyewa tu dari negara-negara Eropah. Dan hampir kesemuanya perempuan, maklumlah kawan si Mirsya,” balas Mirwan menjawab pertanyaan Shahrul.
         “Oh ya, awak study kat mana nanti?” soal Mirqan pula. 
         “Kejap, saya tengok.”
         University of Notre Dame Australia
         “Eh.. kebetulan pula. Saya pun belajar kat sana juga. Nanti boleh kita pergi sama-sama. Shah ambil bidang apa?” soal Mirqan lagi.
         Business and Commerce
         “Tak sama la pulak. Saya ambil IT.”
         IT! Wah, mesti bestkan!” ujar Shahrul.
         “Mestilah. Kalau tidak takkan saya kena berperang dengan parent’s saya,” balas Mirqan.
         “Berperang!” soal Shahrul.
         “Dengar la Angah ni mengarut Shah,” balas Along.
         “Along ni suka sangat mencelah.”
         “Ikut suka orang la. Orang ada mulut.”
         “Tak apalah Mirwan. Sebenarnya, saya pun minat juga IT ni, tapi my parents suruh ambil juga bidang ni. Iyalah, saya seorang aja anak mereka. Kalau saya tak warisi syarikat kami, siapa lagi yang boleh diharapkan,” balas Shahrul cuba membela Mirqan tanpa sedar perkataan yang telah diucapkannya ada kena mengena dengan Mirqan.
         “Ha Angah! Tengok tu, sejuk perut ibu Shah mengandungkannya. Bukan macam Angah ni! Dari dulu sampai sekarang asyik ikut kepala dia aja.”
         “Iyalah Along. Angah yang bersalah. Tapi… kalau Angah dah tak berminat, macamana nak belajar?” balas Mirqan cuba membela dirinya.
         “Betul tu,” sokong Shahrul.
         “Ha Along! Tengok tu, Shah pun sokong Angah,” ujar Mirqan girang bila ada orang menyokongnya.
         “Angah, Angah! Nama saja lelaki, bila merajuk mengalahkan perempuan.”
         “Along!” jerit Mirqan bila Mirwan telah membocorkan rahsianya. Memang Mirqan akui itu kelemahannya. Dia mudah merajuk. Malah sewaktu kecil dulu dia selalu dibuli Mirwan. Dan dia tidak melawan, hanya menangis. Sebab itulah Mirwan selalu mengusiknya.
         “Oh ya, dari tadi kita berbual…”
         “Shah dahaga yer. Marilah masuk rumah kami dulu Kita minum sambil berbual,” sampuk Mirqan tanpa sempat Shahrul menghabiskan ayatnya.
         “Bukan la.”
         “Habis tu?”
         “Itulah Angah, tak sabar sungguh. Kut yer pun nak berbudi, tunggulah orang tu habis cakap dulu.”
         “Shah cuma nak tahu nama Angah ni,” beritahu Shahrul.
         “Eh, tak tahu lagi ker? Apa la Along ni, boleh pula tak beritahu nama jejaka yang hensem di abad ini,” seloroh Mirqan.
         “Eee… tolong sikit. Nak termuntah la Along dengar. Jejaka hensem konon!”
         Sorrylah Shah, Along ni memang jealous sikit. Maklumlah saya ni lebih hensem darinya,” seloroh Mirqan lagi.
         “Dah la. Malas Along nak layan kau. Tonton TV lagi baik. Oh yer Shah, nanti jemputlah ke rumah.”
         “InsyaAllah!”
         “Okey Shah, nama saya Muhammad Mirqan Izramm. Shah boleh panggil saya Mirqan ataupun Angah aja,” beritahu Mirqan.

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

Wednesday, October 05, 2011

Tutorial 2 : Membuat icon di sebelah Bloglist


Salam..
i nak ajar cara buat icon di sebelah bloglist..
motif tutorial ini adalah untuk mencantikkan blog..
jom review i punya cute icon itu..



yang love di atas itu..itulah icon i..so u nak try? jom..

1. First sebelum u all nak letak benda ini diblog kesayangan u all..kena buat benda ini dulu..
  Design/layout>open blog list> unclick icon seperti gambar di bawah dan SAVE.




2. Langkah kedua. Open Design>Edit HTML dan tick Expand Widget Templates.

3. Cari code di bawah..memudahkan pencarian tekan Ctrl F
]]></b:skin>

4. Selepas jumpa..copy code dibawah... dan paste di ATAS code yang u all cari tadi..
.sidebar ul li {background:url("URL GAMBAR ANDA") no-repeat 2px .25em;margin:0;padding:0 0 3px 16px;margin-bottom:2px;text-indent:7px;line-height:1.3em;}
5. Replace URL GAMBAR ANDA dengan URL  icon yang u all suka..

6. Preview dan SAVE..

Nak icon cantik2? pergi ke http://www.glitter-graphics.com

Tak tahu nak ambil URL Glitter Graphics jom belajar dulu DI SINI..

Kalau u all nak letak muka u all boleh upload di Photobucket tapi pastikan saiz kecil..nanti gedabak pula..ambil derect URL dan paste url u all..

Selamat Mencuba






Credit By Cik Nurfarah

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

Tuesday, October 04, 2011

Tutorial 1 : Membuat Scroll Bar

Blog Tutorial ini nak ajar yang mudah-mudah je..kekekeke..yang susah kena tunggu rajin dulu.
Cara untuk membuat scroll bar! Jom try! Tapi jom review apa itu scroll bar..



amat mudahkan sayang! semudah ABC..bukan abc tu tapi air batu campur hahaha..jangan tak cuba pula ye!untuk menjimatkan ruang agar blog tidak bersepah!.


Cara nak buat adalah copy code dibawah

<div id="scroll" style="border: 1px solid rgb(255, 255, 255); overflow: auto; width: 200px; height: 150px; background-color: rgb(255, 255, 255);">

        SILA LETAKKAN AYAT ANDA DI DALAM INI

        </div>

Tukarkan tulisan SILA LETAKKAN AYAT ANDA DI DALAM INI dengan entry/word anda..
200px untuk lebar
150px untuk ketinggian

#maaf tak highlightkan supaya fungsi tak berubah.

Pastekan kat mana2 bahagian yang anda suka.. :)


Scroll bar ini boleh diletak di entry atau di side bar untuk meringankan penglihatan..

Selamat mencuba!



Credit By Cik Nurfarah

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

Sunday, October 02, 2011

KASIH BERUBAH 1


         “Pap!”

         Entah macamana sedang Mirsya melambai ke arah Susan, tiba-tiba dia dilanggar seorang pemuda. Habis bertaburan barang yang dipegang oleh Mirsya.

         “Hey! What’s are you doing?” marah Mirsya.

         Sorry miss…” balas pemuda itu.

         Mirsya mengomel perlahan dan terus tunduk mengambil barangnya yang jatuh tadi. Dengan perasaan marah, Mirsya berlalu pergi meninggalkan pemuda itu yang terpinga-pinga.

         “Adik, what’s wrong with you? Takkan sedih sebab Susan kut. Come on lah adik, Susan pergi 2 tahun aja, lepas tu balik la,” ujar Mirwan Izraff.

         “Bukan sebab itulah Along. Tadi masa adik kat airport, entah mamat mana datang langgar adik. Habis jatuh barang-barang yang adik pegang,” jelas Mirsya.

         “Adik cedera ker?” soal Mirwan cemas.

         “Tak la sampai cedera. Lagipun dia bukan langgar dengan kereta,” balas Mirsya.

         “Abis tu, dia tak minta maaf ker?”

         “Dia minta maaf, tapi… entah adik rasa marah sangat kat dia,” jelas Mirsya.

         “Adik, jaga-jaga. Orang cakap kalau kita benci seseorang, maknanya kita akan sayang pada dia kemudian hari,” usik Mirwan.

         “Along!” jerit Mirsya sambil mencubit paha abangnya.

         “Adoi… sakitlah.”

         “Sapa suruh kacau orang sangat?”

         “Elehh… nanti kalau adik jatuh cinta dengan dia, jangan cari Along yer,” ujar Along yang masih tidak puas mengusik adiknya.

         “Sapa pula yang nak bercinta tu?” soal Datuk Ikmal Firdaus.

         “Alamak, papa la. Eh, tak ada sapa-sapa lah papa,” ujar Mirwan.

         “Ha! Ha! Ha! Padan muka Along. Nak kenakan orang sangat,” balas Mirsya.  

         “Tu nak ke mana pula?” soal Mirwan bila dilihat adiknya sedang bersiap-siap.

         Bras ‘N’ Things! Naper? Nak ikut ker?” soal Mirsya kembali.

         “Hii … tak kuasa Along. Adik tu kalau bershopping, dah tak ingat dunia,” balas Mirwan.

         “Sekurang-kurangnya adik dapat lepas tension dengan kejadian tadi,” balas Mirsya berterus terang. Ternyata dia masih tidak dapat melupakan peristiwa tadi.

         “Kut yer pun nak lepas tension takkan pergi shopping. Ishh… tak faham Along dengan orang perempuan ni,”

         “Itulah, orang suruh cari kekasih tak nak!” usik Mirsya.

         “Ke situ pula. Daripada tak ada masalah, cari masalah. Baik tak payah,”

         “Apa pula problemnya? Adik tengok Angah selalu happy aja,”

         “Iyalah, tapi bila bergaduh asyik kurung diri dalam bilik aja!”

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

HASIL KARYA TERPELIHARA MILIK ~far_east~ @ copyright reserved by http://tintadaripena.blogspot.com/