Friday, October 14, 2011

KASIH BERUBAH 3



         Miss, all the things are 150 dollar,” ujar pembantu kedai itu yang bernama Sally. Itupun aku tengok pada tag namanya.
         ‘Eh, mana dompet aku ni. Tadi aku letakkan dalam poket ni,’ Mirsya mula mengomel sendirian.
         Miss, can I help u?” soal Sally lagi.
         Sorry Miss Sally, I don’t bring my purse,” balasku.
         Can I pay it tomorrow?” soalku kembali.
         No. You must pay now,” tegas Sally.
         But… ”
         Guard!” jerit Sally.
         Minah sorang ni tak faham bahasa ker. Aku dah janji nak bayar esok.
         I am sorry. What happens? Can I help?” balas seorang pemuda.
         Ya Allah, inikan pemuda yang melanggar aku semalam! Takkan aku nak minta tolong darinya. Alahai malunya. Tapi… takkan aku sanggup dihalau oleh guard yang badannya berkali ganda besar dariku.
         This customer don’t want to pay that things,” beritahu Sally.
         “Bukan saya tak nak bayar.  Saya tertinggal dompet la.” entah macamana aku boleh terkeluar cakap Melayu. Aku lihat Sally mengerutkan dahinya. Dah sah la tu, tak faham sepatah apa pun.
         “Tak apa. Saya tolong bayarkan,” balas pemuda itu.
         How much that things?” soal pemuda itu kepada Sally.
         150 dollar!” tegas Sally.
         “Awak, terima kasih sebab tolong saya. Nanti saya bayar balik duit awak,” ujar Mirsya sekadar berbasa-basi.
         It’s okay. Just small matter. Tak payah bayar la,” balas pemuda itu.
         No, mana boleh macam tu! Saya mesti bayar juga. Awak ikut saya balik rumah. Saya nak ambil duit,” beritahu Mirsya.
         “Cik, kan saya dah cakap tak payah bayar. Saya ikhlas tolong awak tadi,”
         “Awak! Saya cakap saya nak bayar, maknanya saya nak bayar la. Saya tak suka terhutang budi dengan orang,” tegas Mirsya.
         “Awak ni degil la. Ikut suka awak la,”
         “Eh, apasal tercegat kat situ lagi. Jom ikut saya balik rumah,”
         “Rumah awak kat mana? Ada orang tak kat rumah awak? Nanti kalau jiran awak nampak kita berdua, apa katanya?” soal pemuda itu bertubi-tubi.
         Alahai mamat sorang ni. Ini negara asing la, jiran semua tak ambil kisah. Ni confirms datang dari Malaysia, sebuah negara yang penuh dengan adat ketimuran.
         “Awak, saya ajak awak ikut ke rumah saya bukan nak suruh awak duduk berdua-duaan dengan saya. Saya pun tahu adab dalam Islam. Cuma saya nak awak tunggu saya kat luar rumah sementara saya masuk ke dalam. Itu aja, tak payah la soal saya macam saya ni seorang pesalah,” luah Mirsya.
         “Awak, saya tanya satu soalan lagi boleh tak?” soal pemuda itu meminta kebenaran dariku. Mungkin takut aku marah lagi.
         “Awak ni wartawan ker? Dari majalah mana ni? Banyak sungguh soalan!” seloroh Mirsya.
         “Eh, apasal diam pula? Tadi kata nak tanya soalan,” soal Mirsya bila dilihat pemuda itu mendiamkan diri. Ai mamat sorang ni, takkan merajuk pula!
         “Tak apalah. Saya dah terlupa soalannya,” selamba pemuda itu menjawab.
         “La, takkan marah kat saya kut! Saya bergurau aja tadi. Come on lah,” pujuk Mirsya.
         “Jadi, boleh la saya tanya soalan ni?” pinta pemuda itu buat kali kedua.
         “Iya, boleh. Dipersilakan,”
         Actually, saya rasa macam pernah terjumpa awak sebelum ini! Awak ni dari Malaysia ker?” soal pemuda itu.
         So, dah habis soalan? Boleh saya jawab sekarang?” pinta Mirsya pula sambil bergurau.
         “Awak ni memang suka mengusik ker? Atau itu hobi awak?” soal pemuda itu lagi.
         “La, soalan tadi pun tak berjawab lagi! Ini awak dah tanya soalan lain pula. Mana satu saya nak jawab ni?”
         “Jawab soalan pertama dulu!”
         “Okey, awak cakap awak pernah terjumpa saya sebelum inikan. Macamana kalau saya cakap saya tak pernah langsung terjumpa awak melainkan peristiwa tadi dan saya juga bukan dari Malaysia?” soalan pemuda itu dibalas dengan soalan pula dari Mirsya.
         “Awak! Saya serius ni. Janganlah main-mainkan saya,”
         “La, sapa cakap saya main-mainkan awak. Saya pun serius juga,” balas Mirsya selamba walaupun di dalam hati rasa ingin ketawa kerana telah berjaya mempermainkan pemuda itu. Saja Mirsya berbuat begitu, ingin menguji pemuda itu. Takkan la baru semalam berlaku, hari ini dah lupa.
         “Jadi, awak langsung tak pernah terjumpa saya la. May be saya tersilap orang kut. Pelanduk dua serupa!” balas pemuda itu.
         “Apa? Awak kata saya pelanduk! Saya ni manusia la,” tegas Mirsya yang tidak faham peribahasa yang baru diucapkan pemuda itu.
         “La! Bila pula saya cakap awak bukan manusia. Saya cuma kata pelanduk dua serupa aja,” jelas pemuda itu.
         “Ha! Tengok tu, awak cakap lagi,”
         “Oh, itu peribahasa la. Takkan awak tak tahu?” soal pemuda itu.
         “Peribahasa! Opps… maaflah la. Saya tak tahu pula.”
         It’s okay.”

~ segala hasil menaip adalah dari sumber diri sendiri ~

No comments:

Post a Comment

HASIL KARYA TERPELIHARA MILIK ~far_east~ @ copyright reserved by http://tintadaripena.blogspot.com/